Pages

KISMIS AJAIB DR SUFI

KISMIS AJAIB DR SUFI

Tuesday, 18 April 2017

AIR REBUSAN KISMIS



Assalamualaikum,

Saya Dr Sufi

Kismis adalah merupakan sumber semula jadi vitamin serta mineral,  khasiat dan manfaatnya bakal meningkat dengan cepat apabila anda megambilan air rendaman kismis ini. Ini adalah kerana kandungan gulanya yang rendah. Sebuah sumber semulajadi antioksidan. Ini adalah kerana kismis adalaha salah satu yang sumber semula jadi yang paling baik untuk anti-oksidan. Kismis adalah daripada anggur kering amat kaya dengan bioflavonoid yang dapat membantu melindungi anda daripada radikal bebas serta menguatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit.

Minum air kismis adalah cara paling mudah tetapi berkesan dalam membersihkan aliran darah serta dapat merangsang manfaat hati yang baik, serta meningkatkan sistem pencernaan anda. Air rebusan kismis mendorong mengurangkan gastrik, dapat menolong anda memproses makanan anda dengan lebih baik serta ianya menyerap nutrisi. Berikut adalah Cara Menyediakan Air Rebusan Kismis 

Bahan-bahannya:
         i.            400 ml air atau 2 cawan air
       ii.            150 gram Kismis

Cara-caranya:
         i.            1.Pilihlah kismis dengan Kualiti yang baik, seeloknyapilihlah Kismis organik.
       ii.            2. Panaskan air di dalam periuk. Kemudian masukkan Kismis tadi lalu didihkan selama 20 minit. Selepas itu matikan api dan tutup periuk

         i.            3. Biarkan Kismis tersebut terendam semalaman.
       ii.            4. Pada keesokan harinya, tapiskan dan tuangkan kedalam gelas air Kismis itu.
     iii.            5. Minumlah pada waktu pagi hari,  waktu perut kosong atau 30 minit sebelum anda sarapan.
     iv.            6. Amalkan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut selama sebulan sekali untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
s               
                Selamat Beramal...         

Tuesday, 11 April 2017

KHASIAT KISMIS UNTUK MOTIVASI

Assalamualaikum, salam bahagia.

Saya Dr Sufi.

Orang tanya saya kenapa saya jadikan kismis sebagai asas pemakanan dalam program motivasi saya. Kismis ianya murah dan mempunyai kelebihan yang ramai tidak tahu. sebab itu saya namakannya ajaib, bukan kerana ianya magik tetapi ianya suatu pemakanan bukan hanya untuk otak dan minda tetapi lebih banyak lagi fungsinya. Saya rasa bertanggungjawab dalam menyebarkan kelebihan ini kepada orang ramai supaya semua boleh mendapat manfaat. Disini saya nyatakan sebahagian daripadanya untuk memberi galakan dalam mengamalkan pemakanan ini. Insyaallah...

Berikut adalah kelebihan umum:

i. Membantu Menguatkan Ingatan dan hafalan
ii. Membantu Melindungi dan membersihkan hati
iii. Membantu Mencerahkan dan menajamkan mata
iv. Membantu Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
v. Melawaskan pembuangan air besar dan Membantu mengurangkan masalah sembelit
vi. Membantu memperbaiki tone dan keanjalan kulit
vii. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
viii. Membantu memulihkan keletihan saraf
ix. Membantu mengurangkan stress
x. Membantu merawat penyakit hysteria, penyakit gementar dan penyakit anemia
xi. Membantu merawat masalah anak hyperaktif
xii. Menghilangkan balgham ( sejenis kahak)

untuk maklumat lanjut boleh layari www.kismisajaibdrsufi.blogspot.com @ www.facebook.com/kismisajaibdrsufi

#sebarkankebahagiaan
#drsufi

Tuesday, 4 April 2017

KISMIS ADALAH MANISAN YANG BERKHASIAT



Assalamualaikum,

saya Dr Sufi

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini.  Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.  Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.  

 Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.  Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

JOM AMALKAN...

Sunday, 2 April 2017

AIR NABEEZ KISMIS



Assalamualaikum

Saya Dr Sufi,  

Hari ini saya kongsikan berkenaan Air Nabeez). Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Sumber mengatakan air nabeez ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan buah kurma yg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.

Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain  sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout kerana air nabeez membantu meneutralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez: Rendam beberapa biji kismis (seeloknye bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Seeloknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas tu bertutup. Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja. Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum. Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi.Air nabeez nie kalau disimpan di dalam peti ais boleh tahan 1- 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kismis yang sudah memasuki 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum. Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily. Air nabeez ini nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu atau yogurt untuk dijadikan smoothie jugak. Tapi kalau buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais, takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kismis tu dalam air masak. Esok nak minum  baru tambah susu & goncang sikit bagi “mesra”.