Assalamualaikum
Saya Dr Sufi,
Hari ini saya kongsikan berkenaan Air Nabeez). Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma /
kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam
bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Sumber mengatakan air
nabeez ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji
kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas
bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan
buah kurma yg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini
dikatakan sebagai sunnah nabi.
Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong
membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk
menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai
detox. Disebabkan air nabeez tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses
pencernaan yang baik & meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita
tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin. Juga bagus
untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout kerana air nabeez membantu
meneutralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez: Rendam beberapa biji kismis
(seeloknye bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas.
Seeloknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas tu
bertutup. Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole
diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja. Air nabeez
tu boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum. Kalau nak
minum air nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum air nabeez di
waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi.Air nabeez nie kalau
disimpan di dalam peti ais boleh tahan 1- 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kismis yang sudah
memasuki 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan
melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air
rendaman kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram
diminum. Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily. Air
nabeez ini nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu atau yogurt untuk
dijadikan smoothie jugak. Tapi kalau buat dengan air susu, kena letak dalam
peti ais, takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kismis
tu dalam air masak. Esok nak minum baru tambah susu & goncang sikit
bagi “mesra”.
No comments:
Post a Comment